Saya Sudah Pandu Uji, SUV Proton Ini Kereta yang Bagus dan Berkualiti Tinggi – Tun M

 

“SAYA sudah pandu uji SUV Proton semalam. Saya dapati ia kereta yang bagus dan berkualiti tinggi. Dan sangat sesuai untuk rakyat Malaysia.” Demikian kata-kata Tun Mahathir Mohamad apabila diminta mengulas mengenai pengalaman memandu uji model SUV pertama Proton.

Sebelum ini, kami ada menyiarkan beberapa foto beliau diberi peluang melihat dan memandu uji SUV berkenaan dalam satu pertemuan khas bersama pihak DRB-HICOM dan Geely.

Berdasarkan foto tersebut, jelas itu ialah model sebenar SUV Proton kerana didatangkan dalam versi pemanduan sebelah kanan (RHD). Begitu juga logo yang sudah ditukar kepada Proton. Lebih menarik, bakal SUV Proton itu diambil daripada model facelift 2018 yang lebih anggun dengan perubahan luaran.
 
 
ENJIN 1.8L TURBO

Dari segi mekanikal, SUV itu akan menggunakan enjin 1.8L TGDi dengan bantuan kotak gear automatik 6-kelajuan berkuasa 181hp @ 5,500rpm dan tork 285Nm @ 1,500-4,000rpm. Malah, model SUV Proton itu juga dilengkapi fungsi mod ECO dan SPORT bagi pemanduan lebih menyeronokkan.

Aspek keselamatan, SUV Proton itu nanti didatangkan dengan pelbagai teknologi terkini seperti:

  • Kawalan Jelajah Adaptif (ACC)
  • Amaran Lencong (LDW)
  • Pengesan Titik Buta (BSD)
  • Kawalan Suluh Tinggi Pintar (i-HBC)
  • Kamera 360º 3D
  • Penulen Udara Pintar (sama seperti Volvo)
  • Sambungan Internet 4G
  • Kawalan Jauh Telefon Pintar

 

Macam mana? Kalau Tun pun sudah kata sedap, rasa-rasa hangpa?

Jom share blog post ni :
Facebook

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kategori

Blog Post Terbaru

Want The Latest Car? Come And Hire

Lorem ipsum dolor sit amet consectetur adipiscing elit dolor
Ada Sebarang Soalan? Whatsapp Fikri