Nak Beli Kereta Baru? Fikir Dulu 5 Perkara Ini

Mempunyai kereta baru sememangnya menyeronokkan! Namun sebenarnya, terdapat beberapa perkara yang perlu anda pertimbangkan. Jom ketahuinya menerusi artikel ini!

Pertama kali nak beli kereta? Dah ada kereta, tapi nak beli dan tukar kepada yang baru? Atau dah ada kereta di rumah, tetapi nak tambah lagi sebiji?

Ya, rata-rata penduduk di Malaysia dilihat memiliki sekurang-kurangnya sebiji kereta untuk kemudahan pengangkutan mereka. Dan tidak kurang, ramai juga yang mempunyai lebih daripada sebiji kereta buat diri mereka.

Malah tahukah anda pada tahun 2021 sahaja, industri automotif di Malaysia mencatatkan jualan melebihi 500,000 unit meskipun pada ketika itu sedang berdepan cabaran akibat sekatan pergerakan susulan pandemik Covid-19 dan kekurangan cip semikonduktor.

Membeli kereta bukanlah perkara yang boleh diambil ringan kerana ia merupakan komitmen masa panjang. Jika tersilap langkah, anda mungkin akan merasa terlalu terbeban sehingga menjejaskan perkara lain dalam kehidupan seharian.

Justeru itu untuk anda yang ingin membeli kereta baru atau pertama kali ingin membeli kereta, apa kata anda baca dulu artikel ini untuk pertimbangan selanjutnya.

Pertimbangkan dulu perkara ini sebelum beli kereta

Kenapa nak beli kereta baru?

 

Elak beli kereta di luar kemampuan. Belilah kereta yang mana komitmen bulanannya tidak akan membebankan anda. Katakan anda memperoleh gaji sebanyak RM3,000 sebulan dan pendapatan tahunan adalah RM36,000, maka carilah kereta baru yang harganya kurang daripada pendapatan tahunan anda tersebut.

Selain itu, fikirkan juga komitmen sedia ada anda termasuk rumah, makan dan minum, bil internet, insurans, kereta (sedia ada) dan lain-lain yang anda perlu tanggung ketika itu dan buat jangka masa panjang. Tambahkan semua komitmen tersebut dan nilai semula sama ada anda berkemampuan atau tidak untuk membeli kereta baru.

Kadar deposit

Bercadang untuk membeli kereta dengan 0% deposit? Nampak agak ‘menarik’ namun sedar atau tidak, komitmen bulanan anda akan menjadi sedikit tinggi berbanding jika anda membayar wang pendahuluan sekurang-kurangnya 10% daripada harga sebenar kereta.

Sebaiknya, kumpul dulu wang sehingga anda boleh membayar deposit untuk kereta yang anda ingin miliki. Sebagai contoh jika kereta anda itu berharga RM50,000, kumpul dan sediakan wang sebanyak RM5,000 sebagai deposit untuk kereta anda. Dengan itu, ia boleh mengurangkan komitmen bulanan anda kelak.

Nak beli kereta tempatan atau import?

 

Untuk makluman anda, bank pada kebiasaannya meletakkan kadar faedah yang lebih rendah bagi kenderaan import seperti Honda dan Ford berbanding kenderaan jenama tempatan seperti Perodua. Namun perlu anda ketahui, perbezaannya adalah sedikit sahaja.

Selain harga kereta, pertimbangkan juga caj serta kos penyelenggaraan, alat ganti terpakai dan lain-lain yang anda perlu tanggung selepas memilikinya. Sila buat research terlebih dahulu dan buat penilaian sebelum menambah komitmen bulanan anda dengan membeli kereta baru.

Keluasan/ ruang kereta

 

Anda sudah berkahwin dan miliki lebih daripada tiga orang anak yang masih di bawah penjagaan anda? Maka, seeloknya anda beli kereta yang lebih besar dan luas seperti kenderaan jenis MPV.

Biarpun mungkin sedikit mahal, namun ia berbaloi dan penting demi keselamatan serta keselesaan ahli keluarga anda.

Fikirkan keperluan anda

Memiliki kenderaan baru sememangnya agak menyeronokkan. Namun perlu anda ketahui terdapat komitmen dalam jangka masa panjang yang perlu anda tanggung. Bukan sahaja anda perlu membayar wang pinjaman kepada pihak bank setiap bulan selama beberapa tahun, malah anda juga perlu fikirkan tentang kos-kos lain selepas memilikinya termasuk minyak, tol, kos penyelenggaraan, kerosakan secara tiba-tiba dan lain-lain.

Fikirkan dahulu perkara-perkara di atas sebelum anda memutuskan untuk membeli kereta baru. Ingat, beli ikut keperluan serta kemampuan anda. Jangan bebankan diri semata-mata ingin nampak gah atau trend semasa.

Jom share blog post ni :
Facebook

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kategori

Blog Post Terbaru

Want The Latest Car? Come And Hire

Lorem ipsum dolor sit amet consectetur adipiscing elit dolor
Ada Sebarang Soalan? Whatsapp Fikri