7 Perkara Asas Pemandu Baru Wajib Tahu Mengenai Kereta

Soal penjagaan kereta tidak boleh diambil mudah. Sebagai langkah keselamatan, semua pemilik kenderaan terutamanya pemilik kereta pertama atau pemandu baru perlu peka dan tahu beberapa perkara mengenai kereta bagi keselamatan diri sendiri serta pengguna jalan raya yang lain.

Justeru pada artikel kali ini, Bjak akan kongsikan kepada anda beberapa perkara asas mengenai kereta yang perlu diberikan perhatian agar tidak berlaku sebarang masalah pada masa akan datang.

Perkara asas pemandu baru wajib tahu mengenai kereta

Tayar

 

Perhatian! Tayar merupakan salah satu komponen yang sangat penting untuk setiap jenis kenderaan. Ingat, kegagalan anda untuk memastikan keadaan tayar kereta sentiasa berada dalam keadaan yang baik boleh merisikokan diri anda dan pengguna jalan raya yang lain.

Salah satu tips asas penjagaan tayar adalah anda perlu memastikan tekanan udara pada tayar mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan oleh kilang. Jika tekanan udara tayar terlebih atau terkurang, ia boleh menyebabkan tayar anda mudah retak dan pecah. Selain itu, permukaan tayar anda juga boleh haus dengan lebih cepat.

Anda boleh mengukur tahap kehausan tayar anda dengan melihat tanda di bahagian tengah bunga tayar tersebut. Pastikan bunga pada tayar tidak kurang dari takat tanda. Jika lebih daripada tanda tersebut, ini juga bermakna tayar tersebut perlu ditukar kerana ia sudah tidak selamat lagi untuk digunakan.

Buat pemeriksaan tayar seminggu sekali. Pastikan bunga pada tayar tidak kurang dari takat tanda.

Bateri

 

Untuk makluman anda, terdapat dua jenis bateri yang digunakan pada kereta iaitu sel kering dan sel basah. Untuk mengetahui jenis bateri kereta anda, anda boleh melihat pada permukaannya.

Jika ia adalah jenis sel basah, bateri tersebut akan mempunyai tutup tempat untuk mengisi air suling, dan sel kering pula adalah sebaliknya.

Jangka hayat bateri biasanya bertahan 18 bulan sehingga 2 tahun. Namun jika penggunaannya terlalu kerap, ada kemungkinan bateri kereta akan habis lebih awal dari tempoh yang sepatutnya. Namun, ada juga bateri yang mampu bertahan lebih lama sehingga 4 tahun, tetapi harganya agak mahal berbanding bateri lain.

Andai kata anda mengalami masalah untuk menghidupkan enjin, ada kemungkinan bahawa masalah tersebut berpunca daripada bateri kereta anda sudah habis.

 

Minyak enjin

 

Minyak enjin penting untuk memastikan kereta anda senyap (lancar) dan perjalanan jauh tidak mengalami masalah.

Untuk makluman anda, minyak enjin kereta perlu ditukar mengikut tempoh masa penggunaan atau jumlah jarak perjalanan kereta anda. Minyak enjin jenis semi-sintetik boleh digunakan sehingga 5,000km atau 3 bulan manakala minyak enjin jenis sintetik penuh boleh digunakan sehingga 10,000km atau 6 bulan.

Peringatan untuk anda! Jangan biarkan minyak tersebut di dalam enjin kereta melebihi had yang ditetapkan kerana ini boleh meninggalkan keladak yang akan melekat dan menebal pada bahagian dalam enjin. Keadaan ini boleh menyebabkan masalah lain pada enjin kelak.

Anda boleh mengetahui sukatan atau kelikatan minyak enjin melalui penyukat minyak enjin atau lebih dikenali sebagai “dipstick”.

Anda juga disyorkan untuk menukar penapis minyak (oil filter) setiap kali anda menukar minyak enjin.

Brek pad

 

Untuk pengetahuan anda, anda perlu memeriksa brake disc serta lapisan brake disc setiap 15,000 km.

Anda perlu memeriksa lebih kerap jika brek anda tiba-tiba mula mengeluarkan bunyi atau tarik ke satu sisi.

Jika lapisan pad kelihatan menipis hingga hampir pada backing plate, maka pad perlu diganti.

Kadar kehausan ketebalan pelapik brake pad yang dibenarkan adalah tidak kurang 2 milimeter (mm). Sekiranya ketebalan pelapik brek kurang 2mm, hujung klip akan bergesel menyentuh brake disc dan bunyi akan kedengaran menandakan paras minimum penggunaan brake pad dan ia harus ditukar dengan segera.

Jika tidak, pelbagai masalah akan timbul. Antaranya brake disc akan mengalami kesan calar yang sangat banyak, brake disc akan hangit (terbakar) meninggalkan kesan hitam kebiruan dan ini akan menyebabkan sistem brek kereta anda kurang berkesan.

 

Penapis udara (air filter)

 

Pastikan penapis udara atau air filter kereta anda ditukar setiap 20,000km bagi melancarkan penapisan penyedutan udara luar masuk ke injection.

 

Belajar cara ‘jump start’ bateri kereta

 

Ambil sedikit masa untuk belajar cara ‘jump start’ bateri kereta dari ayah, suami, abang atau adik anda. Penting juga untuk anda pastikan kabel ‘jumper’ sentiasa berada di dalam kereta ya!

Masih tidak tahu juga cara untuk jumper kereta? Ikut je langkah-langkah di bawah ini:

  1. Pastikan enjin dan suis kedua-dua kenderaan dimatikan
  2. Parkirkan kereta anda dengan ‘penderma’ berdekatan satu sama lain
  3. Sambungkan klip kabel jumper merah ke terminal positif kedua-dua bateri kereta
  4. Sambung pula klip kabel jumper hitam pada terminal negatif kereta bantuan dan satu lagi kepada “grounding” kereta bateri kong
  5. Hidupkan enjin kereta ‘penderma’
  6. Hidupkan enjin kereta bateri kong
  7. Biarkan enjin kedua-dua kereta berjalan selama 5-10 minit
  8. Cabut kabel jumper
  9. Pandu uji kereta selama lebih kurang 30 minit untuk mengecaj kembali kuasa bateri.

 

Simpan nombor mekanik/ hotline insurans kereta

 

Nampak remeh, namun ia sebenarnya penting lebih-lebih lagi jika berlaku kecemasan di atas jalan raya. Sediakanlah payung sebelum hujan.

Sebaiknya, simpan nombor hotline syarikat insurans anda ataupun nombor mekanik yang anda sudah biasa bagi mendapatkan bantuan sekiranya berlaku kerosakan ke atas kenderaan anda khususnya ketika memandu.

Dengan berbuat demikian, anda boleh menghilangkan rasa cemas jika kereta rosak ketika anda memandu berseorangan dan terus mendapatkan bantuan.

Moga bermanfaat

Semoga tips yang dikongsikan kali ini berguna kepada pemandu baru dan pemilik kenderaan di luar sana yang kurang kemahiran mengenai kereta.

Dengan mengetahui beberapa perkara asas di atas, ia setidak-tidaknya dapat mengurangkan risiko berlakunya kerosakan tidak diduga dan melancarkan perjalanan anda.

Jom share blog post ni :
Facebook

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kategori

Blog Post Terbaru

Want The Latest Car? Come And Hire

Lorem ipsum dolor sit amet consectetur adipiscing elit dolor
Ada Sebarang Soalan? Whatsapp Fikri