5 Tips Pemanduan Selamat di Musim Perayaan

Setiap kali tiba musim perayaan, kadar kemalangan jalan raya dilaporkan terus meningkat. Terdapat pelbagai faktor berlakunya kemalangan jalan raya. Sebagai pengguna, kita hendaklah sentiasa mematuhi peraturan yang ditetapkan dan sentiasa berhati-hati.

Proton Deals Utara ingin kongsikan langkah yang perlu diambil oleh setiap pemandu pada bila-bila masa. Semoga tips tersebut bermanfaat untuk anda semua.

 

1. Periksa Kenderaan Terlebih Dahulu

Dah nama pun balik kampung, jauh atau tidak sentiasa pastikan kenderaan anda dalam keadaan baik untuk dipandu. Jangan risikokan keselamatan diri dan orang tersayang dengan sikap acuh tak acuh anda. Kalau boleh,buatlah pemeriksaan penuh agar pemanduan lebih yakin dan selamat.

 

2. Dapatkan Rehat Secukupnya

Sebelum ingin memulakan perjalanan yang panjang, tak kiralah pemandu ataupun penumpang, anda wajin dapatkan tidur dan rehat yang cukup. Walaubagaimanapun, jika letih dan mengantuk semasa dalam perjalanan, berhentilah di mana-mana tempat yang selamat.

 

3. Rancang Perjalanan Dengan Teliti

Jadikan amalan untuk rancang perjalanan lebih awal. Ikuti cadangan yang dikeluarkan oleh pihak lebuhraya agar anda tidak terperangkap dalam kesesakan lalu lintas yang teruk. Boleh jika nak gunakan jalan alternatif, tapi pastikan jalan tersebut selamat untuk dilalui.

 

4. Sentiasa Tenang Dan Bersabar

Jangan memotong barisan atau menyalahgunakan lorong kecemasan. Ia bukan sahaja biadab tetapi membahayakan keselamatan semua pengguna jalanraya yang lain. Biarlah lambat asalkan selamat.

 

5. Top Up Touch N Go Sebelum Masuk Highway

Kebanyakan reload lane tidak beroperasi pada waktu puncak musim perayaan, jadi jangan ambil risiko untuk menambah nilai kad anda setelah memasuki highway. Tambah nilai lebih awal dan secukupnya akan melancarkan perjalanan anda.

Jom share blog post ni :
Facebook

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kategori

Blog Post Terbaru

Want The Latest Car? Come And Hire

Lorem ipsum dolor sit amet consectetur adipiscing elit dolor
Ada Sebarang Soalan? Whatsapp Fikri