10 Langkah Membeli Kereta Secara Pinjaman Bank

Membeli kereta adalah salah satu keputusan penting dalam hidup kebanyakan orang. Namun, tak semua orang memiliki wang tunai yang cukup untuk membayar harga kereta secara penuh. Di sebabkan itu, ramai yang memilih untuk membeli kereta secara pinjaman bank. Tapi anda juga perlu tahu, tak semua permohonan pinjaman akan diluluskan dari pihak bank. Jadi, dalam artikel kali ni, saya nak berkongsi langkah-langkah untuk membeli kereta baru secara pinjaman bank. Artikel ini agak panjang, anda disarankan untuk meluangkan masa 10-15 minit untuk membacanya. Semoga bermanfaat untuk anda semua.

 

 

Langkah Pertama: Kenali Status Diri Anda

CCRIS REPORT

Cuba check dan semak balik CCRIS Report anda, perkara penting yang perlu anda beri perhatian adalah payment attitude anda. Adakah anda menjadi pembayar yang baik selama ini? Ada tunggakan atau tiada tunggakan bayaran? Jika anda mempunyai rekod tunggakan melebihi 2 bulan sebanyak 3 kali berturut turut, atau melebihi 3 bulan dalam tempoh setahun, sudah pasti bank akan reject permohonan loan kereta anda.

Jika anda tidak pernah membuat sebarang pinjaman dan ini adalah kali pertama, maka anda tidak mempunyai rekod langsung di bank. Ini bermakna, bank tidak dapat mengetahui payment attitude anda dan anda memerlukan seorang penjamin sama ada isteri/suami atau ibu/bapa untuk menyokong permohonan loan anda. Jika anda tiada penjamin dan berumur di antara 23-30 tahun, anda boleh cuba membuat permohonan bagi Skim Graduan.

PENDAPATAN

Cuba semak sama ada pendapatan anda sesuai dan mampu atau tidak untuk membeli kereta idaman anda. Elakkan membeli kereta di luar kemampuan anda supaya anda tidak terbeban dengan bayaran ansuran bulanan nya nanti. Seeloknya, carilah kereta yang harga nya menyamai atau lebih kurang dengan pendapatan tahunan anda. Sebagai contoh, katakan la anda menerima gaji sebanyak RM3000 sebulan, maka pendapatan tahunan anda adalah sebanyak RM36,000. Kereta yang anda boleh beli dengan harga ini seperti Proton Saga atau Perodua Axia. Jika gaji bersih anda tidak sampai RM3000, ianya masih boleh dipertimbangkan lagi kerana ansuran bulanan nya tidak lah terlalu mahal.

Jika anda seorang yang mempunyai komitmen bulanan, seeloknya semak dahulu Debt Service Ratio (DSR) anda. Formula untuk menyemak DSR adalah seperti berikut. [(komitmen bulanan + bulanan kereta baru) / gaji kasar] x 100%. DSR merupakan petunjuk pada bank sama ada kewangan anda sihat atau tidak. Jika DSR anda bawah 70%, ini merupakan petunjuk kewangan anda sihat. Jika lebih dari 70%, ini memberikan signal yang menyatakan risiko untuk memberi pinjaman pada anda kerana anda mungkin tidak mampu untuk membayar pinjaman tersebut di kemudian hari.

 

CTOS

Cuba anda ingat balik jika ada mana-mana hutang lama seperti bil telefon, internet, perabot dan lain-lain. Ini kerana hutang-hutang lama ini akan termasuk dalam kategori CTOS. Hanya beberapa bank tertentu sahaja yang boleh luluskan pinjaman kereta anda jika anda mempunyai rekod CTOS.

Anda perlu menyelesaikan sepenuhnya terlebih dahulu hutang-hutang lama ini dan dapatkan Full Settlement Letter atau Release Letter dari pihak yang anda berhutang.

 

KESTABILAN PEKERJAAN

Bank akan bertanyakan mengenai status pekerjaan anda. Anda bekerja di mana? Jawatan apa? Dah berapa lama bekerja? Kestabilan pekerjaan merupakan satu faktor yang penting dalam Scoring System Bank. Jadi biasanya pihak bank akan banyak bertanya pada anda.

Peminjam yang telah bekerja lebih dari setahun memberi signal kepada bank bahawa syarikat itu stabil, peminjam suka kan pekerjaaan nya dan berkemungkinan besar akan bekerja lebih lama. Anda akan diberikan markah lebih tinggi dalam Scoring System jika anda telah bekerja lebih dari setahun. Jawatan eksekutif ke atas turut memberikan markah lebih untuk anda. Selain itu, jenis syarikat seperti Enterprise, Sdn Bhd atau GLC juga akan dinilai oleh pihak bank.

Semua ini akan ditanya oleh pihak bank bertujuan untuk menilai kestabilan ekonomi anda.

 

 

Langkah Kedua : Cari Sales Advisor Yang Sah

Untuk Langkah ini, anda perlu membuat sedikit research untuk mencari Sales Advisor yang benar-benar sah dan dilantik oleh syarikat dealer kereta tersebut. Elakkan sama sekali dari berurusan dengan broker atau pun pihak ketiga. Ini kerana, jika ada apa-apa yang terjadi akan datang, anda tidak dapat menyalahkan mereka kerana mereka tidak mewakili syarikat dealer tersebut dan ini akan mendatangkan masalah jika anda ingin membuat tuntutan warranty kemudian hari.

Anda kena kenal siapa Sales Advisor anda, dengan dealer mana dia bekerja, semak dahulu dealer tersebut wujud atau tidak. Anda boleh google saja nama dia dan anda akan peroleh banyak maklumat atau lebih baik anda berjumpa saja di showroom. Jika sudah berjumpa dengan Sales Advisor, bertanyalah banyak soalan mengenai kereta dan loan kereta sampai anda puas hati. Antara yang anda boleh tanya ialah bank mana nak submit loan, chances untuk lulus berapa dan lain-lain.

 

 

Langkah Ketiga : Dokumentasi

Semasa anda nak submit document pada bank, anda kena ingat banyak pihak yang akan tengok document anda. Jadi document haruslah clear dan tersusun. Jika perlu pakai CamScanner, dan jadikan semuanya dalam satu file PDF. Ini flow document anda akan pergi kepada siapa:

  1. Sales Advisor perlu membuat Vehicle Sales Order (VSO) untuk diberi pada bank. Jadi kadang-kadang boleh tersalah taip dan tulis.
  2. Marketing Officer bank akan terima dokumen anda dari Sales Advisor dan print dokumen tu. Selalunya medium yang digunakan adalah WhatsApp atau Email. Cuba anda bayangkan jika dokumen tidak disusun dalam 1 pdf, Marketing Officer terpaksa print satu-satu. Jika bank statement anda sedikit tak apalah juga, ini banyak. Lebih lagi untuk orang yang berniaga. Dokumen anda akan diletakkan di dalam file.
  3. Processing Officer akan menerima file yang mengadungi dokumen anda. Processing Officer harus key in, tulis manually pada interview form dan process case anda. Jadi sangat-sangat membantu jika dokumen anda clear. Benda-benda kecil sebegini selalu melambatkan proses pinjaman. Kadang-kadang terpaksa mintak dokumen baru dari pelanggan. Plus, selalunya Processing Officer akan process dahulu case yang memudahkan mereka. Tak mahu file anda diletakkan di tepi kan? Harus diingat, Processing Officer yang akan menulis remarks di dalam sistem untuk menyokong case anda.
  4. Manager di branch akan review case anda di dalam sistem beserta file. Dia yang akan memberikan kelulusan pada loan kereta anda beserta sebab diluluskan case anda. Jika scoring case anda memerlukan di hantar pada HQ, dia jugalah yang perlu memberikan sebab kenapa dia rasa case ini boleh diluluskan.
  5. Jika case anda dihantar ke HQ, lagi super penting untuk dokumen anda clear dan kemas. Manager yang approve case di HQ perlu membuat keputusan untuk luluskan loan kereta anda atau tidak.

Rasanya panjang lebar saya tekankan berkenaan pentingnya dokumen yang clear dan kemas. Setiap case lain-lain, jadi tanya pada Sales Advisor anda apa dokumen tambahan lagi yang perlu untuk menguatkan case anda.

 

 

Langkah Keempat : Sesi Interview Dengan Bank

Selepas menerima document anda, bank akan call untuk bertanya mengenai beberapa perkara, membuat pengesahan maklumat dan lain-lain. Sebaik sahaja selesai call anda, bank akan call HR di syarikat anda atau sesiapa yang menguruskan anda. Jadi maklumat yang anda berikan kepada bank harus selari dengan HR.

Jika semuanya okay, bank akan proceed case anda. Jika bank memerlukan maklumat tambahan, bank akan menghantar officer untuk melakukan site visit di tempat kerja anda.

Untuk luluskan loan kereta sebenarnya banyak faktor yang diambil kira dan ia sebenarnya sedikit leceh. Tapi faktor-faktor ini penting untuk menguruskan risiko dan mengelakkan peminjam tidak membayar loan kereta di masa depan. Plus, bank sangat takut jika dokumen anda fraud atau lebih senang disebut dokumen palsu.

Hubungan antara Sales Advisor dan Banker juga memainkan peranan sebenarnya. Kadang-kadang submit di Sales Advisor A tidak lulus tapi Sales Advisor B pula lulus. Tidak dinafikan, pihak banker juga ada Sales Advisor kegemaran mereka sendiri dan mereka akan cuba untuk bantu lulus dan cepatkan proses pinjaman anda. Senang cerita, cari Sales Advisor yang anda rasakan pengalamannya cukup untuk menguruskan case anda. Jangan terpikat dengan free gift dan tawaran sahaja.

 

Langkah Kelima : Sign Agreement Loan Kereta

Jika loan kereta anda diluluskan, Banker atau Sales Advisor akan memberitahu anda. Perkara pertama yang anda perlu buat ialah check berapa jumlah pinjaman yang lulus, interest rate berapa, pinjaman berapa lama dan apa condition yang bank beri untuk approve loan itu.

Setelah anda bersetuju, anda boleh call Sales Advisor atau Banker untuk anda set tempat dan masa untuk sign agreement.

Anda boleh memilih tempat untuk sign agreement sama ada di bank, dealer ataupun di luar.

Anda dinasihatkan untuk menepati masa kerana kebiasaannya, banyak pelanggan yang datang untuk sign agreement dalam satu hari. Jadi banker selalunya agak sibuk.

Sebelum pergi sign agreement, pastikan yang anda dah sediakan dokumen-dokumen yang bank minta, cip kad pengenalan berfungsi, dan bawa duit lebih jika ada condition seperti autolife atau open saving account. Jika anda berubah fikiran dan tidak mahu membeli kereta, anda boleh cancel loan kereta itu. Ya, loan kereta dah lulus boleh cancel.

 

 

Langkah keenam : Tunggu Stock Kereta Anda

Selepas permohonan pinjaman anda diluluskan, manager dari syarikat dealer akan request stock dari HQ untuk anda. Jika anda bernasib baik, sudah ada ready stock dari syarikat dealer, anda boleh ke langkah seterusnya dalam proses beli kereta baru ni.

Waiting period berbeza untuk setiap model bergantung pada stock warna dan variant yang anda pilih. Buat masa sekarang, stock Proton boleh diperoleh dalam tempoh 1-2 bulan bagi variant standard dan 4-5 bulan bagi variant premium dan flagship. Tapi walau bagaimanapun, semuanya bergantung pada stock tersedia sesuatu syarikat dealer tersebut.

Apabila Sales Advisor memberitahu anda bahawa kereta anda sudah ada, tak bermaksud kereta anda sudah sampai pada dealer. Dalam sistem sahaja yang menunjukkan engine dan chassis kereta anda sudah ada.

 

 

Langkah Ketujuh : Selesaikan Pembayaran Deposit Kereta Anda

Minta Sales Advisor anda kirakan berapa downpayment yang perlu dibayar. Tunjuk calculationnya pada anda. Peringatan, on the road price kereta yang sebenar bukan seperti di pricelist.

Harga setiap orang mungkin berbeza kerana insurance berbeza harga. Tapi tidaklah besar sangat perbezaan harga, dalam RM100 sehingga RM200 sahaja. Mungkin kurang, mungkin lebih.

 

 

Langkah Kelapan : Register Kereta

Ada beberapa perkara yang anda perlu ambil perhatian:

  1. Jika anda ingin membeli number, segerakan process ini. Jangan pilih tender number. Beli running number sahaja. Tender number kita kena tunggu proses bidding dan dapat keputusan. Jika anda ingin beli tender number, beli selepas loan anda sudah approve dan bagi slip kepada Sales Advisor. Anda juga boleh meminta Sales Advisor untuk membeli number untuk anda.
  2. Pilih insurance yang anda selesa dan jika ada add on seperti windscreen, beritahu kepada Sales Advisor. Selepas register, jika anda nak tambah, pihak insurance akan kenakan bayaran tambahan.
  3. Jika anda ada NCD kereta lama, anda boleh call atau pergi ke insurance centre yang berdekatan untuk withdraw NCD anda. NCD boleh mengurangkan insurance kereta baru anda.

Dua perkara ini anda perlu ambil tahu. Selebihnya Dealer akan menolong anda untuk registerkan kereta anda. Selepas siap register, tunggu geran dan roadtax sampai di dealer.

 

 

Langkah kesembilan : Delivery Kereta

Anda boleh memilih untuk kereta dihantar kepada anda ke rumah, office ataupun tempat pilihan anda. Tapi sebaiknya datanglah ke showroom kerana jika kemudian hari anda ada masalah, anda sudah tahu kemana hendak dituju.

Jika anda membeli di luar negeri anda, Sales Advisor juga boleh menghantar kereta anda.

Check kereta anda betul-betul sehingga anda puas hati kerana selepas anda sign Vehicle Delivery Order (VDO), anda sudah bertanggungjawab kepada kereta anda sendiri.

Tak perlu bawa apa-apa dokumen pada masa ini kecuali jika anda belum selesai urusan dengan bank. Jadi beri dokumen itu sewaktu delivery supaya Sales Advisor boleh beri pada bank.

 

 

Langkah kesepuluh : Disbursement

Dealer akan menghantar Invoice beserta Vehicle Delivery Order (VDO) yang anda sudah sign kepada bank untuk proses disbursement. Bank akan bayar duit pinjaman anda kepada dealer. Tarikh bank bayar kepada dealer adalah tarikh due date kereta anda.

Selalunya proses ini akan mengambil masa selama seminggu atau dua minggu selepas delivery.

Anda boleh call bank atau bertanya pada Sales Advisor anda untuk tahu due date kereta anda.

 

PENUTUP

Inilah proses-proses untuk beli kereta baru. Jika anda ada sebarang soalan atau pertanyaan, anda boleh comment di bawah atau rujuk pada FAQ yang telah saya sediakan. Bagi saya proses yang paling penting adalah pinjaman kereta kerana tanpanya impian anda untuk memiliki kereta baru mungkin tinggal sekadar angan-angan.

Terima kasih dan tahniah kerana membaca artikel ini sehingga habis. Segala info dalam artikel ini dikreditkan kepada Tuan Azeri Azaman. Semoga dikurniakan ladang pahala buat beliau kerana berkongsikan ilmu ni pada kita semua. Amiin

 

 

Jom share blog post ni :
Facebook

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kategori

Blog Post Terbaru

Want The Latest Car? Come And Hire

Lorem ipsum dolor sit amet consectetur adipiscing elit dolor
Ada Sebarang Soalan? Whatsapp Fikri